Sila bagi makan

Tuesday, 31 July 2012

5.3 CUACA

A.CUACA DI TEMPAT TINGGAL
1. Setiap kawasan mempunyai cuaca yang tertentu.
2. Cuaca ialah keadaan udara di sesuatu tempat tertentu dalam tempoh yang pendek dan dapat diramalkan.
3.Unsur-unsur udara yang penting ialah suhu, hujan, angin, awan, kelembapan dan pancaran matahari dalam jangka masa tertentu.
4. Kesemua unsur tersebut mempengaruhi iklim jenis Khatulistiwa di negara kita.
5.Keadaan cuaca di semua tempat di negara kita tidak banyak berbeza kerana mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun.
6. Dalam sesuatu hari, kawasan tempat tinggal kita akan mengalami keadaan seperti di bawah :

    a) hujan


    b) panas terik


  c) berangin

    d) mendung

    e) redup

7. Cuaca boleh direkodkan dan carta cuaca boleh dihasilkan berdasarkan maklumat yang telah direkodkan.
8. Simbol-simbol cuaca digunakan untuk menggambarkan keadaan cuaca.


B.PENGARUH CUACA TERHADAP KEGIATAN HARIAN
1. Cuaca harian akan mempengaruhi kegiatan harian manusia.
2. Cuaca di negara kita tidak menentu antara Pantai Timur dan Pantai Barat kerana pengaruh angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Daya.
3. Keadaan cuaca yang akan mempengaruhi kegiatan-kegiatan harian ditunjukkan dalam jadual berikut:




1 comment:

  1. SAYA NAK MINTA EMAILKAN PADA sarjana76@gmail.com

    ReplyDelete